Assalamualaikum w.b.t semua, hari ini saya ingin mengongsikan sedikit ilmu yang harap-harap bermanfaat untuk kita semua di dunia dan di akhirat..Kita sebagai umat Islam diwajibkan untuk membaca Al-Quran serta menghayati maksud-maksud yang terdapat di dalam ayat Al-Quran. Rasulullah s.a.w juga pernah berpesan yang hampir bermaksud "Kamu tidak akan tersesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepada dua perkara yang amat penting iaitu Al-Quran dan Hadith". Oleh itu,tiada alasan untuk kita tidak mempelajari Al-Quran serta memahaminya kerana pada zaman dunia moden,banyak kemudahan yang disediakan serta teknologi yang canggih. Sekarang,kita tidak semestinya hanya boleh membaca Al-Quran pada kertas bercetak malah kita boleh menggunakan aplikasi yang terdapat pada zaman sekarang.